awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump sedia ampun perusuh Capitol jika menang Pemilihan Presiden AS 2024

Bernama
Bernama
30/01/2022
15:11 MYT
Trump sedia ampun perusuh Capitol jika menang Pemilihan Presiden AS 2024
Lebih setahun lalu, sekumpulan penyokong Trump merusuh dalam bangunan Capitol AS bagi membantah keputusan pilihan raya presiden 2020 di beberapa negeri yang Trump dakwa berlaku penipuan. - Gambar fail/ Reuters
WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau akan memberi pengampunan kepada perusuh yang menyerang bangunan Capitol AS pada 6 Jan 2021, jika beliau bertanding dalam pilihan raya presiden 2024 dan menang.
"Jika saya bertanding dan jika saya menang, kami akan melayan mereka yang terlibat dalam insiden 6 Jan dengan adil, dan jika ia memerlukan pengampunan, kami akan berikan pengampunan kepada mereka kerana mereka menerima layanan tidak adil," kata Trump dalam satu perhimpunan di Texas pada Sabtu, lapor Sputnik.
Bekas presiden itu bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada beliau bercadang untuk bertanding semula jawatan itu.
Lebih setahun lalu, sekumpulan penyokong Trump merusuh dalam bangunan Capitol AS bagi membantah keputusan pilihan raya presiden 2020 di beberapa negeri yang Trump dakwa berlaku penipuan.
Pihak berkuasa AS telah menahan lebih 725 individu di hampir semua 50 negeri berikutan kesalahan jenayah berhubung insiden rusuhan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#perusuh
#capitol AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan