Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sedia mengundang pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ke negaranya sekiranya sidang kemuncak di Singapura pada 12 Jun ini berjalan lancar.

Trump mengumumkan perkara tersebut pada Khamis menerusi sidang media bersama Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di White House.

“Ya saya akan mengundangnya ke White House sekiranya persidangan tersebut berjalan lancar dan saya berpendapat ia akan diterima baik dan perbincangan akan berjalan dengan lancar,” katanya.

Pertemuan di antara kedua-dua pemimpin tertinggi itu bertujuan bagi memulakan proses menamatkan program nuklear Korea Utara.

Trump juga yakin bahawa Jong Un komited terhadap matlamat tersebut.