awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib nafi halang siasatan dalam kes 1MDB dan SRC
Jakarta terus dilanda cuaca ekstrem, banjir sehingga hujung Januari
Sewa tapak bazar Ramadan 2026 DBKL kini RM400 - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump tarik balik jemputan kepada PM Kanada Carney untuk sertai Lembaga Keamanan

Bernama
Bernama
23/01/2026
10:11 MYT
Trump tarik balik jemputan kepada PM Kanada Carney untuk sertai Lembaga Keamanan
Sudah jemput, ditarik semula... Trump mengumumkan perkara itu melalui hantaran ringkas di platform dalam talian miliknya, Truth Social, tanpa memberikan sebarang alasan. - Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah menarik balik jemputan kepada Perdana Menteri Kanada Mark Carney untuk menyertai Lembaga Keamanan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pemimpin Republikan itu mengumumkan perkara berkenaan melalui hantaran ringkas di platform dalam talian miliknya, Truth Social, tanpa memberikan sebarang alasan.
Pada Khamis, beliau menandatangani dokumen penubuhan badan antarabangsa baharu itu - yang disifatkan pengkritik sebagai mencabar peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) - pada Forum Ekonomi Dunia di pusat peranginan Davos, Switzerland.
Presiden AS itu sendiri mempengerusikan lembaga berkenaan, yang pada asalnya diilhamkan sebagai badan untuk memantau pembinaan semula Semenanjung Gaza susulan peperangan selama dua tahun antara Israel dan Hamas.
Beliau kemudiannya memberi bayangan bahawa matlamat lembaga itu boleh diperluas untuk menangani konflik dan krisis di seluruh dunia, malah menyatakan pada majlis menandatangani perjanjian pada Khamis bahawa badan itu "boleh berkembang kepada perkara lain" melangkaui isu Gaza.
Kira-kira 60 kerajaan telah dijemput untuk menyertai lembaga itu, namun hanya segelintir sekutu Barat Washington yang menerimanya secara terbuka, dengan Hungary dan Bulgaria merupakan antara ahli Kesatuan Eropah yang setakat ini telah menandatangani piagam berkenaan.
Kanada adalah antara negara yang pada mulanya tidak memberikan komitmen untuk menyertai badan itu. Carney menyatakan bahawa negaranya secara prinsip boleh mempertimbangkan untuk mengambil bahagian, namun butiran lanjut masih belum dimuktamadkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#tarik balik jemputan
#PM Kanada
#mark carney
#Lembaga Keamanan Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan