awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump tiba di Hanoi untuk hadiri sidang kemuncak kedua Korea Utara-AS

Bernama
Bernama
27/02/2019
01:55 MYT
Trump tiba di Hanoi untuk hadiri sidang kemuncak kedua Korea Utara-AS
Donald Trump berjabat tangan dengan Nguyen Phu Trong di Istana Presiden di Hanoi, Vietnam, 27 Feb, 2019. REUTERS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai di Hanoi pada petang Selasa bagi menghadiri sidang kemuncak kedua dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, lapor agensi berita China Xinhua.
Selepas turun dari pesawat Air Force One, Trump berjabat tangan dan berbual dengan pegawai yang berada di lapangan terbang itu untuk menyambut beliau sebelum menuju ke hotelnya.
Kim tiba di Hanoi pada pagi Selasa.
Trump dan Kim dijangka bertemu pada Rabu malam dan menjamu selera bersama-sama sebelum mengadakan rundingan pada Khamis, yang akan turut disertai delegasi masing-masing.
Isu seperti hala tuju ke arah pembasmian senjata nuklear, pelonggaran sekatan ke atas Korea Utara dan sama ada deklarasi bahawa peperangan telah berakhir akan dikeluarkan dijangka menjadi agenda utama.
Sidang kemuncak pertama Korea Utara-Amerika Syarikat yang berlangsung pada Jun 2018 di Singapura, telah meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara.
Dalam satu kenyataan bersama yang ditandatangani selepas pertemuan itu, Trump berjanji untuk menyediakan jaminan keselamatan kepada Korea Utara manakala Kim mengesahkan komitmen tegas dan tidak berbelah bahagi beliau untuk berusaha ke arah pembasmian senjata nuklear sepenuhnya di Semenanjung Korea.
Semasa beliau berada di Vietnam, Trump juga dijangka bertemu Presiden Nguyen Phu Trong dan Perdana Menteri Nguyen Xuan Phuc pada Rabu, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Hanoi
#Kim Jong Un
#Korea Utara
#Nguyen Phu Trong
#sidang kemuncak
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan