Skip to main content

Dunia

Trump tiba di Manila, hadiri sidang khas ASEAN-49

Trump tiba di kawasan Balagbag Ramp, Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Pasay City kira-kira jam 5.37 petang waktu tempatan. - Gambar Reuters
Trump tiba di kawasan Balagbag Ramp, Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Pasay City kira-kira jam 5.37 petang waktu tempatan. - Gambar Reuters
Advertisement

MANILA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiba di Filipina pada Selasa bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang-sidang Berkaitan, sekali gus menandakan lawatan pertamanya ke negara itu dalam tempoh sembilan tahun.

Trump tiba di kawasan Balagbag Ramp, Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Pasay City kira-kira jam 5.37 petang waktu tempatan, menurut Agensi Berita Filipina (PNA).

Ketibaan beliau disambut Setiausaha Eksekutif Filipina, Ralph Recto; Ahli Kongres Ilocos Norte, Sandro Marcos; Duta Filipina ke AS, Jose Manuel Romualdez serta Duta AS ke Filipina, Lee Lipton.

Advertisement

Trump dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina (PICC), Pasay City, bagi membincangkan isu berkepentingan bersama serta memperkukuh kerjasama antara Washington dan Asia Tenggara.

Pada malam Selasa, beliau turut dijadual bertemu pemimpin serantau bagi membincangkan kepentingan bersama serta memperkukuh kerjasama antara Washington dan negara-negara anggota ASEAN.

Advertisement

Beliau turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos Jr. di luar acara rasmi sidang kemuncak berkenaan.

Pertemuan itu dijangka menjadi platform bagi kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan erat yang sekian lama terjalin antara Manila dan Washington, khususnya dalam bidang pertahanan dan keselamatan, perdagangan dan pelaburan serta perkembangan serantau.

Lawatan Trump itu turut berlangsung ketika Filipina mempergiat kerjasama dengan AS dalam pelbagai inisiatif keselamatan ekonomi, termasuk sektor mineral kritikal, semikonduktor dan teknologi baharu menerusi inisiatif Pax Silica yang diterajui Washington.

Kali terakhir Trump berkunjung ke Filipina adalah pada November 2017 bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan, ketika penggal pertama sebagai Presiden AS.

Must Watch Video

Advertisement