PASARAN saham Eropah terus menjunam pada Selasa selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tidak menetapkan keyakinan mampu meredakan ketegangan antara China dan AS.
Memberi reaksi selepas diajukan pelbagai soalan wartawan, sebaik keluar dari White House, Trump memberitahu, sama ada berlaku perjanjian atau tiada perjanjian langsung, dengan China.
"Saya cuma hendak katakan, keadaan ekonomi berjalan sangat baik. Orang kita ada di China ketika ini. Kita sedang berunding dengan China. Kita akan lihat apa yang terjadi.
"Sama ada kita akan adakan perjanjian atau tidak akan ada perjanjian langsung. Tetapi, banyak perkara yang hebat sedang berlaku, termasuk dengan China," katanya.
Menurut Trump, keadaan ekonomi AS kini semakin baik dan ia kini berada di kedudukan nombor satu dunia.
"Ia telah meningkat dengan pesat dalam tempoh tiga tahun yang lalu sejak saya di sini. Jadi, banyak perkara hebat berlaku," tambahnya.
Jun lalu, pemerintah China mengatakan ia bersedia bekerja bersama AS untuk mengakhiri perang perdagangan yang semakin meningkat.
Bagaimanapun, ia tetap menyalahkan pentadbiran Trump bagi kegagalan rundingan itu dan menekankan ia tidak boleh didesak agar memberi kelonggaran.
Astro Awani
Wed Jul 31 2019
TRUMP: Ekonomi telah meningkat dengan pesat dalam tempoh tiga tahun yang lalu sejak saya di sini. - Gambar fail
China, Mesir setuju promosi keamanan timur tengah
Beijing bersetuju dengan kerajaan Mesir untuk mempromosikan keamanan serta rundingan bagi mencapai kestabilan di timur tengah.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Usul baharu pecat Presiden Suk Yeol dibawa ke di Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Polis India menyiasat ancaman bom terhadap Bank rizab India (RBI)
Menurut Pegawai Kanan Polis Mumbai, Sanjay Malhotra pada Jumaat, amaran itu dihantar ke alamat e-mel rasmi Gabenor RBI yang baru dilantik.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.