awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pengerusi, setiausaha persatuan kuil direman kes seleweng duit
SUKAN
Piala Negara-Negara FIH Wanita 2: Impian Malaysia ke separuh akhir lebur
GADGETS
Facebook jenamakan semula tab video sebagai Reels
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Trump tinggalkan Sidang Kemuncak G7 lebih awal akibat ketegangan di Asia Barat

Bernama
Bernama
17/06/2025
03:45 MYT
Trump tinggalkan Sidang Kemuncak G7 lebih awal akibat ketegangan di Asia Barat
Presiden Trump (kiri) dan Perdana Menteri Starmer memegang perjanjian perdagangan UK-AS yang telah ditandatangani semasa pertemuan mereka di sidang kemuncak G7, di Kananaskis, Alberta, Kanada, pada Isnin. - Gambar AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan kembali ke Washington lewat Isnin, memendekkan penyertaannya dalam sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Kanada, susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan Rumah Putih.
"Presiden Trump melalui hari yang baik di G7, malah sempat memeterai perjanjian perdagangan penting dengan United Kingdom dan Perdana Menteri Keir Starmer," kata jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt menerusi platform X.
"Banyak perkara telah dicapai, tetapi disebabkan situasi semasa di Asia Barat, Presiden Trump akan berlepas pulang malam ini selepas makan malam bersama ketua-ketua negara," menurut kenyataan itu.
Bercakap kepada pemberita, Trump melahirkan rasa kesal kerana terpaksa meninggalkan sidang lebih awal, namun menyifatkan keadaan semasa sebagai "perkara besar."
"Saya harap dapat terus bersama esok, tetapi mereka faham situasinya. Anda mungkin nampak apa yang saya nampak dan saya perlu kembali secepat mungkin," katanya.
Saluran Fox News melaporkan bahawa Trump mengarahkan Majlis Keselamatan Negara (NSC) supaya mempersiapkan "situation room" di Rumah Putih bagi sesi taklimat keselamatan.
Terdahulu, menerusi platform Truth Social, Trump menggesa orang awam di Tehran agar segera berpindah, susulan konflik yang semakin memuncak antara Israel dan Iran.
Ketegangan meningkat sejak Jumaat apabila Israel melancarkan serangan udara dan dron secara serentak ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear yang mencetuskan serangan balas dari Tehran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Sidang Kemuncak G7
#konflik Asia Barat
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami