awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

Trump umum tarif 19 peratus ke atas barangan eksport Indonesia

Bernama
Bernama
16/07/2025
04:20 MYT
Trump umum tarif 19 peratus ke atas barangan eksport Indonesia
Prsiden Trump mengumumkan, Indonesia akan dikenakan tarif sebanyak 19 peratus ke atas semua barangan dieksport ke AS, manakala eksport AS ke Indonesia akan bebas daripada halangan tarif dan bukan tarif.
NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Selasa mengumumkan, Indonesia akan dikenakan tarif sebanyak 19 peratus ke atas semua barangan dieksport ke AS, manakala eksport AS ke Indonesia akan bebas daripada halangan tarif dan bukan tarif, lapor Xinhua.
Trump berkata di platform Truth Social, beliau telah "memuktamadkan satu perjanjian penting dengan Republik Indonesia selepas berbincang dengan Presiden Prabowo Subianto.
"Perjanjian bersejarah ini membuka akses penuh pasaran Indonesia untuk AS buat pertama kali dalam sejarah."
Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Indonesia turut bersetuju untuk membeli produk tenaga bernilai AS$15 bilion dan produk pertanian bernilai AS$4.5 bilion daripada pasaran AS, selain 50 pesawat Boeing, katanya.
"Buat pertama kali, para penternak, petani dan nelayan kita akan mempunyai Akses Penuh dan Menyeluruh ke pasaran Indonesia yang mempunyai lebih 280 juta penduduk," tulisnya.
Sebelum berlepas ke Pittsburgh, Pennsylvania pada Selasa, Trump memberitahu wartawan di White House, "seperti yang anda tahu, Indonesia merupakan pengeluar utama kuprum, dan kini kita mempunyai akses penuh kepada segala hasil buminya."
Beliau turut menyatakan bahawa Indonesia kaya dengan nadir bumi serta pelbagai sumber mineral lain.
Trump turut mendedahkan, beberapa lagi perjanjian akan diumumkan.
"India pada dasarnya sedang mengikut landasan yang sama. Kita akan mendapat akses ke India," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarif Trump
#Indonesia
#tarif eksport Indonesia
#Donald Trump
#Prabowo Subianto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.