awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
VM2026: Malaysia sasar 4.6 juta pelancong Indonesia
Lebih 40,000 pelajar pedalaman manfaat MyRailLife, bergantung kepada tren KTMB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh anggota polis Colombia terbunuh dalam letupan bom

Astro Awani
Astro Awani
04/09/2022
02:30 MYT
Tujuh anggota polis Colombia terbunuh dalam letupan bom
Anggota forensik memeriksa kawasan di mana kereta peronda polis diserang mengakibatkan tujuh anggota maut di tempat kejadian. - Foto REUTERS
SAN LUIS: Tujuh anggota polis Colombia terbunuh dalam letupan bom di bandar Huila, San Luis.
Dalam satu kenyataan polis Colombia, ia adalah serangan terburuk ke atas polis di bawah kerajaan Gustavo Petro yang mengangkat sumpah sebagai Presiden pada 7 Ogos lalu.
Pihak berkuasa belum mendedahkan siapa yang bertanggungjawab dalam insiden serangan berkenaan.
Pada Sabtu, Presiden Colombia itu tiba di lokasi kejadian dan mengucapkan takziah kepada waris terlibat.
Puak penentang kumpulan gerila Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) dilaporkan tidak mematuhi perjanjian damai yang ditandatangani dengan kerajaan pada 2016.
Ketika kejadian anggota keselamatan berkenaan dilaporkan dalam perjalanan ke kampung San Luis dan menjadi mangsa pengaktifan bahan letupan berhampiran kawasan itu.
Presiden turut meminta agensi negeri untuk ke wilayah berkenaan bagi mengambil alih siasatan.
Topic Berkaitan
#letupan
#anggota polis
#FARC
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan