awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ronaldo mahu terus beraksi sehingga capai 1,000 gol
Hamas sahkan kematian Abu Ubaidah
Melaka perkukuh agenda tenaga hijau, laksana projek solar di bumbung parkir UTC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh maut dalam gempa di Jawa Timur

Astro Awani
Astro Awani
10/04/2021
21:30 MYT
Tujuh maut dalam gempa di Jawa Timur
Keadaan kemusnahan selepas gempa 6.0 magnitud melanda kepulauan Jawa Timur pada Sabtu. -AP
JAKARTA: Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban dalam kejadian gempa bumi kuat yang menggegarkan kepulauan Indonesia pada Sabtu.
Gegaran kuat dengan kekuatan 6.0 magnitud itu melanda perairan luar pesisir terletak kira-kira 45 kilometer di barat daya bandar Malang di Jawa Timur dan pada kedalaman 82 kilometer, lapor AFP.
Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan, Raditya Jati berkata pihaknya belum menerima angka rasmi mangsa dan premis yang terjejas.
BACA: Gempa kuat 6.7 skala Ritcher di Jawa Timur
"Seorang individu turut cedera parah akibat kejadian itu.
"Masih tidak dapat dipastikan sama ada angka kematian mungkin meningkat berikutan kami tidak menerima laporan tentang kehilangan mana-mana individu," kata Raditya.
Tambahnya, penduduk di beberapa perkampungan di wilayah itu turut dipindahkan.
Gempa pada awalnya ditetapkan pada 6.7 magnitud sebelum disemak semula.
Rakaman imej di lokasi kejadian menunjukkan siling runtuh di sebuah hospital dan bangunan kerajaan di bandar Blitar.
Kejadian gempa kuat itu berlaku kira-kira seminggu selepas negara itu dilanda siklon yang meragut lebih 200 nyawa di bahagian timur dan negara jiran, Timor Leste.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#magnitud
#kepulauan Indonesia
#Malang
#Jawa Timur
#Raditya Jati
#cedera parah
#Indonesia
#siling runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan