awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedah sasar lebih tujuh juta pelancong sempena TMM2026
VM2026: Malaysia perlu beralih daripada kuantiti kepada kualiti pelancong - MiTDA
Trump arah pengunduran Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, Portland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular video kereta 'diseret' lahar Gunung Semeru

Astro Awani
Astro Awani
09/02/2021
21:54 MYT
Tular video kereta 'diseret' lahar Gunung Semeru
Dalam video berdurasi 30 saat itu, bunyi jeritan saksi kejadian didengar ketika kenderaan jenis Isuzu Panther itu diseret ke dalam lahar. - Screengrab/Kompas
Video sebuah kereta 'diseret' banjir lahar Gunung Semeru di Lumajang, Jawa Timur, Indonesia tular di media sosial.
Dalam video berdurasi 30 saat itu, bunyi jeritan saksi kejadian didengar ketika kenderaan jenis Isuzu Panther itu diseret ke dalam lahar.
Sementara itu, Ketua Bahagian Pencegahan, Kesiapsiagaan dan Logistik Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Lumajang, Wawan Hadi menjelaskan kereta itu dikatakan milik seorang pelombong pasir di kawasan berkenaan.
"Kereta yang dikatakan milik pelombong pasir, dihanyutkan oleh aliran lahar.
"Pemilik kereta itu terselamat kerana ketika kereta itu dilanggar, tiada sesiapa di dalam kenderaan itu," katanya.
Video tular yang menunjukkan sebuah kenderaan diseret ke dalam lahar. - YouTube/PAS MATENG
Sementara itu, seperti yang dilaporkan portal Surya.co.id, petugas sedang mencari kereta tersebut. Namun, mereka mengesyaki, kereta itu telah terkubur di dalam pasir setelah lahar sejuk.
Wawan menambah, ketika aliran lahar sejuk melanda, kereta itu diparkir di tebing sungai.
"Seboleh-bolehnya kita akan berusaha mencari lokasi kereta berkenaan," katanya.
Topic Berkaitan
#video
#Indonesia
#banjir
#media sosial
#kereta
#lava
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan