awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tumbuk pramugari Tiger Airways, pendandan rambut warga Malaysia dipenjara

Bernama
Bernama
25/08/2016
00:52 MYT
Tumbuk pramugari Tiger Airways, pendandan rambut warga Malaysia dipenjara
Chong Nyok Kiew, 57, mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Veronica Siau Yen Ting, 26 tahun. - Gambar fail
Seorang pendandan rambut warga Malaysia yang menyerang pramugari penerbangan dalam pesawat Tiger Airways pada Februari lepas dijatuhi hukuman penjara lima hari, akhbar Straits Times melaporkan.
Chong Nyok Kiew, 57, mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Veronica Siau Yen Ting, 26.
Sebuah mahkamah daerah pada Rabu diberitahu bahawa pada 23 Februari, Chong menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia, ke Singapura.
Laporan itu berkata sebelum penerbangan berlepas, Siau memberitahu para penumpang bahawa beliau telah meletakkan sepasang tongkat pesakit milik seorang penumpang di kompartmen sebelah atas di kawasan itu.
Siau juga memberitahu para penumpang supaya berhati-hati apabila menggunakan kompartmen tersebut, kata laporan itu.
Apabila mendarat di Lapangan Terbang Changi, seorang penumpang membuka kompartmen sebelah atas, menyebabkan satu daripada tongkat itu terjatuh ke atas Chong yang mula mengadu mengenai insiden itu.
Siau meminta maaf kepada Chong, kata laporan.
Ketika para penumpang berjalan keluar dari pesawat, laporan itu berkata, Chong menghampiri Siau dan meminta pramugari itu menjelaskan mengapa tongkat itu terjatuh ke atasnya. Dia juga menuntut bayaran pampasan.
Siau meminta Chong beredar ke tepi untuk membolehkan penumpang lain keluar dari pesawat tetapi Chong terus menyekat laluan dan menghalang penumpang lain daripada meninggalkan pesawat, kata laporan itu.
Siau sekali lagi memohon maaf kepada Chong dan memintanya bertenang tetapi Chong bertindak dengan menumbuknya di bahagian pipi dan bahu kiri, tambah akhbar itu.
Laporan itu berkata kerana menyebabkan kecederaan secara sengaja, Chong boleh dipenjara selama dua tahun dan denda S$5,000 (S$1 = RM2.99).
Topic Berkaitan
#Chong Nyok Kiew
#pukul pramugari
#Singapura
#Tiger Airway
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan