awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kelantan hargai arahan Perdana Menteri percepat penggantian titi gantung Lata Rek
'Green lab' bakal disediakan di sekolah rendah di Alor Gajah
Reman suspek kes letupan di Nilai disambung seminggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunang 'ghaib' bersama serpihan pesawat Lion Air, wanita teruskan perkahwinan

Firdaus Alauddin
Firdaus Alauddin
14/11/2018
05:50 MYT
Tunang 'ghaib' bersama serpihan pesawat Lion Air, wanita teruskan perkahwinan
Tunang Intan, Rio Nanda Pratma yang merupakan seorang doktor perubatan adalah antara 189 penumpang Lion Air yang terhempas 13 minit selepas berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober lalu. - Foto IG Intan Syari
Cukup memilukan!
Seorang wanita Indonesia yang telah kehilangan tunangnya bulan lepas dalam nahas pesawat Lion Air JT-610 tetap meneruskannya 'perkahwinannya' bersendirian demi memenuhi hasrat terakhir pasangannya.
Intan Syari, 26 tahun, seorang petugas hospital telah mengupah penyelenggara majlis bernama "Adiela" dan menetapkan pada 11 Nov sebagai hari perkahwinan mereka, menurut laporan The Straits Times/Asia News Network.
Tunang Intan, Rio Nanda Pratma yang merupakan seorang doktor perubatan adalah antara 189 penumpang Lion Air yang terhempas 13 minit selepas berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober lalu.
View this post on Instagram
Terimkasih untuk semua suport yang telah diberikan, untuk semua kru dan teman-teman, love you all @adielaorganizer.bangka @adielagalery @iluxio @cindy.makeupartist @indra_permana_88
A post shared by Iis (@intansyariii) on
Nov 11, 2018 at 1:41am PST
Rio dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Pangkal Pinang selepas menghadiri persidangan di Jakarta.
View this post on Instagram
Mama jemput papa pulang ya sayang, mama sayang papa
A post shared by Iis (@intansyariii) on
Nov 7, 2018 at 8:15pm PST
Gambar Intan yang melangsungkan 'perkahwinannya pada 11 November memaparkan beliau memakai gaun pengantin dan tudung putih sambil memegang mawar putih kini viral di media sosial di Indonesia.
Salah satu daripada gambar tersebut menunjukkan Intan sedang mempamerkan cincin perkahwinannya ke arah kamera.
“Terdapat kesedihan yang tidak dapat saya pamerkan, namun saya harus tersenyum untuk awak dan saya tidak akan bersedih dan harus kuat seperti yang selalu dipesan oleh awak,” kata Intan, sebagai dipetik berkata dalam media sosialnya.
“Walaupun anda tidak berada di sebelah saya, tetapi adikmu tetap berada di sisi saya untuk memenuhi hasrat terakhir anda yang paling indah dan saya tahu awak gembira di sana,” kata Intan.
Rio merupakan seorang doktor perubatan di Hospital Bakti Timah, Pangkal Pinang.
"Dia seorang yang baik dan sentiasa mahu membantu pesakit. Dia sentiasa mengingatkan saya bahawa di dunia, tiada yang kekal," kata Intan.
Tragedi Lion Air merupakan antara insiden penerbangan terburuk Indonesia sejak pesawat Garuda Indonesia terhempas di Medan pada tahun 2017 yang mengorbankan 234 penumpang.
Topic Berkaitan
#Garuda Indonesia
#Intan Syari
#Lion Air
#Permintaan terkahir
#pesawat terhempas
#Rio Nanda Pratma
#terhempas
#tunang
#wanita indonesa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan