awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ismanira tidak dibenar tangguh hukuman penjara lima tahun
APMM temui 40 bungkus daun ketum terapung di perairan Pantai Leman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunjuk perasaan sempadan Gaza: Seorang rakyat Palestin terbunuh, 15 lagi cedera

Bernama
Bernama
03/09/2021
04:32 MYT
Tunjuk perasaan sempadan Gaza: Seorang rakyat Palestin terbunuh, 15 lagi cedera
Berkumpul di bawah gerakan "unit night confusion" bagi hari keenam, pemuda Palestin mengadakan tunjuk perasaan membantah sekatan Israel. - Gambar fail
GAZA (Palestin): Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di sempadan Gaza pada Khamis, hingga mengorbankan seorang rakyat Palestin dan mencederakan 15 yang lain.
Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan, pasukan tentera menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan ketika mereka berkumpul di sempadan wilayah timur Gaza, lapor Agensi Anadolu.
Ahmed Mustafa Salih, 26 tahun dari Kem Pelarian Jibaliya wilayah utara Gaza terbunuh akibat terkena tembakan. Kanak-kanak dilaporkan antara 15 yang cedera.
Berkumpul di bawah gerakan "unit night confusion" bagi hari keenam, pemuda Palestin mengadakan tunjuk perasaan membantah sekatan Israel, bertindak membakar tayar kereta dan melemparkan bom bunyi di beberapa sempadan.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tentera Israel
#Semenanjung Gaza
#Palestin
#tunjuk perasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan