awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunjuk perasaan Turki merebak ke 70 bandar

Astro Awani
Astro Awani
02/06/2013
23:07 MYT
Tunjuk perasaan Turki merebak ke 70 bandar
Tunjuk perasaan anti kerajaan sejak Selasa lepas semakin gagal dikawal pihak keselamatan di negara itu.
Ia kini merebak ke hampir 70 bandar di seluruh Turki.
Sejak minggu lepas, sebanyak 235 demonstrasi diadakan manakala lebih 1,700 orang ditahan kerana menyertai bantahan anti kerajaan itu.
Namun Menteri Dalam Negeri Muammer Guler berkata mereka dibebaskan selepas soal siasat selesai dibuat.
Pada hujung minggu beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Taksim untuk menyatakan bantahan mereka terhadap rancangan pembangunan di Taman Gezi , Istanbul yang juga merupakan kawasan hijau di negara itu.
Namun kini tunjuk perasaan yang asalnya aman bertukar ganas alah matlamatnya juga bukan sama lagi.
Polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang marah terhadap usaha kerajaan itu.
Batu, botol dan kayu turut digunakan oleh penunjuk perasaan bagi membalas tindakan provokasi polis.
Penunjuk perasaan bertambah marah apabila Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan berikrar mahu meneruskan rancangan pembangunan semula di Istanbul termasuk di Taman Gezi.
Selain Istanbul, protes juga marak di Ankara.
Malah rakyat Turki di New York juga mengadakan bantahan sama meminta perdana menteri mereka berundur kerana pentadbirannya didakwa menindas rakyat.
Topic Berkaitan
#Istanbul
#Muammer Guler
#protes
#Recep Tayyip Erdogan
#taman gezi
#tunjuk perasaan
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan