awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turki sahkan isteri, anak al-Baghdadi telah ditahan

Agensi
Agensi
07/11/2019
15:49 MYT
Turki sahkan isteri, anak al-Baghdadi telah ditahan
Pihak berkuasa mendakwa wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Rania Mahmoud, bagaimanapun identiti sebenarnya adalah Asma Fawzi Muhammad Al-Qubaysi. - Gambar REUTERS
TURKI mengesahkan telah menangkap salah seorang isteri kepada pemimpin Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi, yang didakwa terbunuh ketika serbuan pasukan Amerika Syarikat, minggu lalu.
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Turki, Tayyip Erdogan pada Rabu, namun tidak memaklumkan secara terperinci mengenai tangkapan tersebut.
Kata Erdogan, penahanan tersebut dibuat di Syria, dan tidak pernah dihebohkan sebelum ini.
“Kami juga menangkap saudara perempuan dan ipar lelakinya di Syria,” kata Presiden Tayyip Erdogan dalam ucapan di Universiti Ankara.
Sementara, AFP melaporkan wanita itu ditahan pada 2 Jun 2018 di wilayah Hatay berdekatan sempadan Syria bersama 10 yang lain termasuk anak perempuan Baghdadi yang dikenali sebagai Leila Jabeer.
Pihak berkuasa mendakwa wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Rania Mahmoud, bagaimanapun identiti sebenarnya adalah Asma Fawzi Muhammad Al-Qubaysi.
Keluarga berkenaan disahkan mempunyai hubungan dengan Baghdadi berdasarkan ujian sampel Asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperolehi daripada pihak berkuasa Iraq.
Topic Berkaitan
#al-Baghdadi
#Amerika Syarikat
#Asma Fawzi Muhammad Al-Qubaysi
#daish
#DNA
#Iraq
#Presiden Turki
#Tayyip Erdogan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan