awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Twitter umum kongsi pendapatan iklan dengan pencipta kandungan

Bernama
Bernama
14/07/2023
11:56 MYT
Twitter umum kongsi pendapatan iklan dengan pencipta kandungan
Twitter mengumumkan bahawa ia akan berkongsi pendapatan daripada iklan dengan pencipta kandungan, memperluaskan pengewangan semasa pada platform itu. -Gambar fail/Reuters
MOSCOW: Twitter mengumumkan bahawa ia akan berkongsi pendapatan daripada iklan dengan pencipta kandungan, memperluaskan pengewangan semasa pada platform itu, lapor Sputnik.
"Kami sedang mengembangkan tawaran pengewangan pencipta kami untuk memasukkan perkongsian hasil iklan kepada pencipta kandungan.
"Ini bermakna pencipta boleh mendapat bahagian dalam hasil iklan bermula daripada balasan kepada hantaran mereka," menurut Twitter dalam satu kenyataan.
Untuk layak mendapat untuk perkongsian hasil iklan, pengguna perlu melanggan Twitter Blue atau Organisasi Disahkan, mempunyai sekurang-kurangnya lima juta impressions pada hantaran mereka dalam setiap tiga bulan lepas dan lulus "semakan manusia" untuk piawaian bagi pengewangan pencipta, kata platform itu.
Twitter menambah bahawa pencipta kandungan perlu mempunyai akaun Stripe untuk menerima pembayaran.
Pada April, Twitter mengumumkan pilihan untuk mengewangkan akaun yang membolehkan semua penggunanya memperoleh wang daripada hantaran mereka.
Pemilik syarikat, Elon Musk, berkata pengguna Twitter boleh mengewangkan kandungan mereka dengan membenarkan langganan kepada teks, gambar dan video mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Twitter
#Elon Musk
#kongsi pendapatan daripada iklan
#pencipta kandungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan