awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TO CHECK] Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
Ibu bapa perlu ambil peranan kawal penggunaan internet anak-anak - Fahmi
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun

Bernama
Bernama
17/04/2024
03:30 MYT
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Hujan lebat ini adalah peristiwa luar biasa di UAE yang menyumbang kepada peningkatan purata hujan tahunan serta pengukuhan rizab air bawah tanah negara secara keseluruhan. - Gambar/ AP
ABU DHABI: Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Melepasi rekod sebelumnya sejak permulaan pengumpulan data pada 1949, hujan lebat menjejaskan banyak wilayah di seluruh negara itu.
Pusat Meteorologi Kebangsaan mengesahkan bahawa rekod hujan yang berlaku di negara ini dalam tempoh 24 jam yang lalu sehingga 9 malam pada Selasa (16 April), adalah peristiwa luar biasa dalam sejarah iklim UAE sejak bermulanya rakaman data iklim. Dijangkakan bahawa jam-jam akan datang akan menyaksikan jumlah hujan yang lebih tinggi direkodkan.
Pusat itu melaporkan hujan tertinggi setakat ini direkodkan di kawasan "Khatm Al Shakla" di Al Ain, mencecah 254mm dalam masa kurang daripada 24 jam.
Hujan lebat ini adalah peristiwa luar biasa di UAE yang menyumbang kepada peningkatan purata hujan tahunan di UAE serta pengukuhan rizab air bawah tanah negara secara keseluruhan.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#UAE
#Dubai
#banjir
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan