awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ujian vaksin di China berjaya lepasi fasa pertama, selamat untuk manusia

Agensi
Agensi
23/05/2020
06:10 MYT
Ujian vaksin di China berjaya lepasi fasa pertama, selamat untuk manusia
Jelas kajian itu, hasil akhir ujian tersebut akan dinilai dalam tempoh enam bulan. - Gambar hiasan
Ujian percubaan klinikal pembangunan vaksin di China didapati selamat, bertoleransi serta mampu menghasilkan tindak balas yang baik terhadap imun SARS-CoV-2 pada manusia.
Ia sekali gus menyaksikan vaksin pertama yang berjaya melepasi ujian klinikal fasa pertama.
Menurut kajian yang diterbitkan jurnal perubatan The Lancet pada Jumaat, ujian tersebut dijalankan terhadap 108 individu dewasa yang sihat dan ia menunjukkan petanda yang baik selepas 28 hari.
Jelas kajian itu, hasil akhir ujian tersebut akan dinilai dalam tempoh enam bulan.
Kajian itu menambah, ujian lebih lanjut turut diperlukan bagi mengetahui sama ada tindak balas imun yang dihasilkannya dapat melindungi secara berkesan terhadap jangkitan COVID-19.
Uji kaji menunjukkan satu dos vaksin adenovirus COVID-19 jenis 5 (Ad5-nCoV) menghasilkan antibodi virus-spesifik dan sel T dalam tempoh 14 hari, sekali gus menjadikan ia berpotensi untuk penyelidikan lebih lanjut.
Topic Berkaitan
#China
#COVID-19
#perubatan
#The Lancet
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan