Wakil Amerika Syarikat dan United Kingdom umum tarik diri daripada menyertai sidang kemuncak pelaburan di Arab Saudi.

Langkah dibuat susulan ketegangan berikutan kes kehilangan wartawan kanan Jamal Khashoggi.

Amerika diwakili Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin sementara UK diwakili Setiausaha Perdagangan, Liam Fox.

Selain Amerika dan UK, beberapa wakil negara Eropah turut umum tindakan sama termasuk Belanda dan Perancis.

Wartawan kanan yang juga pengkritik lantang pentadbiran Riyadh, hilang sejak 2 Oktober lalu.

Dia kali terakhir dilihat memasuki bangunan konsulat.

Khashoggi dilaporkan mempunyai urusan untuk mendapatkan dokumen bagi melansungkan perkahwinan dengan tunangnya, warga Turki, Hatice Cengiz.

Riyadh mendakwa Khashoggi meninggalkan bangunan konsulat, namun tunangnya menegaskan tidak lagi melihat kelibat beliau selepas memasuki bangunan itu.