awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK seru siasatan bebas nahas pesawat Azerbaijan Airlines

Bernama
Bernama
29/12/2024
04:45 MYT
UK seru siasatan bebas nahas pesawat Azerbaijan Airlines
United Kingdom menyeru siasatan bebas berhubung nahas pesawat Azerbaijan Airlines yang dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu Rusia. -Gambar fail/Reuters
LONDON: United Kingdom (UK) menyeru siasatan bebas berhubung nahas pesawat Azerbaijan Airlines yang dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu Rusia, lapor agensi berita Jerman dpa.

Ringkasan AI
  • United Kingdom menyeru siasatan bebas berhubung nahas pesawat Azerbaijan Airlines yang dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu Rusia.
  • Presiden Rusia Vladimir Putin memohon maaf kepada Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev atas insiden tragis tersebut, tetapi tidak mengakui tanggungjawab Rusia secara langsung.
  • Rusia melancarkan siasatan jenayah terhadap insiden ini dengan kerjasama perkhidmatan berkaitan dari Azerbaijan dan Kazakhstan.

Presiden Rusia Vladimir Putin memohon maaf "atas insiden tragis yang berlaku di ruang udara Rusia" dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatannya dari Azerbaijan, Ilham Aliyev pada Sabtu.
Dalam kenyataan rasmi, Kremlin berkata bahawa pertahanan udara Rusia sedang bertindak di sekitar Grozny, ketika pesawat Azerbaijan Airlines melalui kawasan itu.
Jurucakap Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan UK berkata: "Ucapan takziah kami kepada semua yang terjejas akibat insiden ini, termasuk keluarga dan rakan mangsa.
"Kenyataan Presiden Putin gagal mengakui bahawa tindakan tidak bertanggungjawab oleh pihak Rusia menimbulkan ancaman serius kepada keselamatan dan kepentingan negara lain.
"Kami menyeru siasatan penuh dan bebas."
Sebahagian daripada 29 penumpang dan kru yang terselamat memberitahu media Azerbaijan bahawa mereka mendengar bunyi kuat di dalam pesawat ketika ia berpusing-pusing di ruang udara Grozny.
Pejabat Aliyev menyatakan bahawa Presiden Azerbaijan memberitahu Putin bahawa nahas itu berpunca daripada "gangguan fizikal dan teknikal luaran", tetapi tidak secara langsung menyalahkan Rusia.
Kremlin berkata Rusia melancarkan siasatan jenayah terhadap insiden terbabit, dengan kerjasama "perkhidmatan berkaitan" dari Azerbaijan dan Kazakhstan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azerbaijan Airlines
#ucapan takziah
#Vladimir Putin
#siasatan bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan