awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK uji sistem baharu amaran kecemasan

Bernama
Bernama
24/04/2023
10:02 MYT
UK uji sistem baharu amaran kecemasan
Kerajaan menegaskan bahawa sistem baharu itu penting untuk memastikan keselamatan awam semasa berlaku sebarang kejadian kecemasan yang mengancam nyawa. - Gambar/ Reuters
LONDON: Kerajaan United Kingdom pada Ahad menjalankan ujian percubaan terhadap sistem baharu amaran kecemasan untuk menilai keberkesanannya dalam menyedarkan masyarakat perihal berkaitan kecemasan seperti bencana alam, serangan pengganas dan pandemik.
Menurut Agensi Anadolu, sistem amaran itu akan menghantar mesej pada skrin telefon mudah alih dan tablet pada pukul 3 petang waktu tempatan diiringi bunyi seperti siren atau getaran yang kuat selama kira-kira 10 saat.
Kerajaan menegaskan bahawa sistem baharu itu penting untuk memastikan keselamatan awam semasa berlaku sebarang kejadian kecemasan yang mengancam nyawa.
Sistem baharu itu diperkenalkan bagi mengatasi masalah yang timbul ketika pandemik melanda, menyaksikan kerajaan UK bergelut untuk memastikan penyampaian yang lebih berkesan mengenai langkah-langkah pencegahan dan penutupan kepada orang ramai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UK
#sistem amaran kesihatan
#pandemik
#sistem baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan