awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ukraine rayu Washington tingkatkan bantuan ketenteraan - Laporan

Bernama
Bernama
01/11/2023
09:33 MYT
Ukraine rayu Washington tingkatkan bantuan ketenteraan - Laporan
Pegawai Ukraine dan sekutu EU berusaha capai bekalan senjata baharu dan latihan, susulan bantuan ketenteraan kepada Kyiv berdepan risiko terhenti. - Gambar fail/Bernama
MOSCOW: Ukraine merayu kepada negara-negara Barat khususnya Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan bantuan ketenteraan memandangkan minat Washington untuk membantu Kyiv dilihat semakin berkurangan selepas kegagalan serangan balas Ukraine selain konflik di Gaza.
Pegawai Ukraine dan rakan sekutu Kesatuan Eropah (EU) berusaha capai bekalan senjata baharu dan latihan, susulan bantuan ketenteraan kepada Kyiv berdepan risiko terhenti kerana kepimpinan baharu Dewan Perwakilan AS, Sputnik memetik laporan akhbar Politico.
Wakil Ukraine telah meminta untuk diadakan sesi latihan dengan pasukan Marine Corps AS, lebih banyak bekalan peluru berpandu ATACMS dan sistem pertahanan udara, semasa lawatan ke Washington pada Oktober , lapor akhbar itu.
Sementara itu, beberapa sekutu Ukraine di EU juga merancang untuk meyakinkan Rumah Putih bahawa bantuan tambahan ke Kyiv akan membuka peluang pekerjaan di AS.
Serangan balas Ukraine bermula pada 4 Jun dengan Kyiv melancarkan briged yang dilatih NATO dan dilengkapi senjata Barat, termasuk kereta kebal Leopard dan Challenger.
Tiga bulan selepas serangan, Presiden Russia Vladimir Putin berkata usaha Kyiv telah gagal dan kira-kira 71,000 tentera Ukraine terkorban.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ukraine
#Amerika Syarikat
#senjata
#bantuan ketenteraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan