awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ukraine, Rusia saling bertukar lebih 100 tawanan perang

Bernama
Bernama
14/09/2024
15:45 MYT
Ukraine, Rusia saling bertukar lebih 100 tawanan perang
Tawanan perang Ukraine. - Foto REUTERS
MOSCOW: Rusia dan Ukraine pada Sabtu mengadakan pertukaran besar tawanan, dengan kedua-dua pihak menukar lebih daripada 100 askar yang ditawan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Kementerian Pertahanan Rusia berkata 103 anggota tenteranya berada di Belarus untuk menerima "bantuan psikologi dan perubatan yang diperlukan" sebelum pulang ke tanah air.
Moscow mengucapkan terima kasih kepada Emiriah Arab Bersatu kerana menjadi perantara dalam pertukaran ini.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata di Telegram bahawa 82 askar dan 21 pegawai telah dibebaskan oleh Rusia, termasuk anggota tentera negara itu, pengawal sempadan dan pegawai polis.
Menurut Zelensky, ramai tentera Rusia telah ditawan semasa serangan mengejut Ukraine merentasi sempadan di Kursk.
Pertukaran terbaru ini berlaku sehari selepas Zelensky mengumumkan pertukaran lanjut melibatkan 49 warga Ukraine.
Ukraine dan Rusia telah bertukar tawanan perang lebih daripada 50 kali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#Ukraine
#tukar tawanan perang
#Volodymyr Zelensky
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan