awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ukraine tawar kongsi tenaga dengan Eropah

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2022
03:40 MYT
Ukraine tawar kongsi tenaga dengan Eropah
Imej satelit loji jana kuasa nuklear Zaporizhzhia di Ukraine. - Foto Maxar Techonologies via REUTERS
ZAPORIZHZHIA: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy menawarkan untuk berkongsi tenaga dengan Eropah yang berada di tengah-tengah krisis tenaga sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Zelenskyy berkata Ukraine mempunyai 15 unit kuasa nuklear serta simpanan sumber asli.
Jelasnya, walaupun perang, Ukraine boleh menyambung ke rangkaian Eropah.
Ukraine juga jelasnya bersedia untuk menyediakan Eropah dengan elektrik murah, jauh lebih berpatutan daripada harga pasaran pada ketika ini.
Zaporizhzhia, loji tenaga nuklear terbesar di Eropah dan berpangkalan di Ukraine, telah dikawal oleh tentera Rusia sejak awal Mac.
Kakitangan Ukraine terus mengendalikannya dan dalam beberapa minggu kebelakangan ini kedua-dua pihak saling menyalahkan kerana membedil kawasan berhampiran kompleks itu.
Zelenskyy menjelaskan bahawa tindakan Rusia di loji jana kuasa nuklear Zaporizhzhia meletakkan semua manusia dalam risiko dan memerlukan mencari jalan bagi menanganinya.
Topic Berkaitan
#Volodymyr Zelenskyy
#Ukraine
#bekalan elektrik
#loji jana kuasa nuklear Zaporizhzhia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan