KYIV: Ukraine akan menerima sejumlah AS$4.5 bilion daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tahun ini, lapor Xinhua, memetik kementerian kewangan negara itu pada Jumaat.

Ukraine mendapat bahagian pertama AS$2.7 bilion awal bulan ini dan menjangkakan menerima dua lagi bahagian tambahan berjumlah AS$1.8 bilion, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Selepas pertemuan dengan Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva pada Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Bank Dunia, Menteri Kewangan Ukraine Serhiy Marchenko berkata program Kemudahan Dana Lanjutan baharu yang disahkan oleh IMF bulan lepas itu akan memberi sumbangan besar kepada defisit bajet tahun ini yang akan mewujudkan asas bagi pembinaan semula negara dan penyertaannya kepada Kesatuan Eropah.

Bulan lepas, IMF meluluskan program Kemudahan Dana Lanjutan selama empat tahun untuk Ukraine berjumlah AS$15.6 bilion untuk menyokong kestabilan dan pemulihan ekonomi Ukraine.

--BERNAMA-XINHUA