awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru wanita rugi lebih RM140,000 ditipu lelaki menyamar pegawai NSRC
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga 29 Dis
Kekasih didakwa bunuh Suri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ukraine umum sedia sertai NATO

Astro Awani
Astro Awani
15/06/2021
01:12 MYT
Ukraine umum sedia sertai NATO
Volodymyr Zelenskyy umum Ukraine sudah bersedia menyertai NATO. -Gambar fail
KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy umum negara itu sudah sedia untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Namun, beliau akui masih ada beberapa perkara perlu diperhalusi termasuk apa manfaat yang bakal diperoleh dengan menyertai pakatan tersebut.
"Saya mahukan beberapa maklumat khusus untuk Ukraine. Sekiranya kita bercakap mengenai NATO dan pelan tindakan keanggotaan, saya benar-benar ingin mendapatkan perincian.
"Saya faham bahawa ini harus menjadi kedudukan yang dipersetujui oleh negara-negara pakatan.
"Walaupun begitu, kita mesti mendapatkan tarikh yang jelas dan kemungkinan ini berlaku untuk Ukraine," kata Zelenskyy.
Keanggotaan Ukraine dalam NATO bagaimanapun dibantah keras Rusia.
Ia dianggap membuka jalan kerjasama lebih erat dengan blok berkenaan, sekaligus mengancam kedudukan Kremlin.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden sebelum ini mengundang Zelenskyy untuk bertemu di Washington pada Julai.
Ukraine yakin Biden berhasrat untuk bercakap mengenai sokongan ketenteraan dan ekonomi AS yang diperlukan Ukraine.
Topic Berkaitan
#Ukraine
#Rusia
#Amerika Syarikat
#Joe Biden
#NATO
#Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara
#Volodymyr Zelenskyy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan