PULUHAN masyarakat Ukraine berkumpul di bandar Hrabovo, Donetsk, pada Sabtu bagi memperingati insiden yang memasuki tahun ketujuh itu.

Penduduk tempatan membawa jambangan bunga dan potret mangsa nahas ke lokasi peringatan itu.

Ketua Republik Rakyat Donetsk memberi ucapan dengan terus menyalahkan Ukraine atas nahas itu.

Sebilangan penduduk tempatan melaporkan, mereka masih mengingati insiden dengan mayat bergelimpangan di sekitar kampung mereka.

Kesemua 298 penumpang serta anak kapal terbunuh apabila pesawat jenis Boeing 777 itu ditembak jatuh pada 17 Julai 2014.

Antara pihak yang disalahkan - puak pemisah yang disokong Rusia di timur Ukraine.

Namun pihak Rusia dan puak pemisah itu menolak dakwaan berkenaan.

Sebuah batu peringatan diletakkan di lokasi nahas pesawat.