awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umrah dibenarkan hanya sekali sahaja pada bulan Ramadan - Kementerian Arab Saudi

Agensi
Agensi
26/03/2023
12:17 MYT
Umrah dibenarkan hanya sekali sahaja pada bulan Ramadan - Kementerian Arab Saudi
Kementerian juga menegaskan keperluan kesemua Jemaah perlu mendapatkan permit daripada aplikasi Nusuk untuk menunaikan umrah, selain pentingnya komitmen mereka hadir pada masa ditetapkan. - Gambar fail/Twitter/@HaramainInfo
MAKKAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan para jemaah tidak dibenarkan mengulang menunaikan umrah pada bulan Ramadan dan dibenarkan mengerjakan hanya sekali sahaja.
Memetik laporan Saudi Gazette, langkah ini bagi memberi peluang kepada semua jemaah lain untuk menunaikan umrah pada bulan yang mulia ini dengan mudah dan selesa.
Kementerian itu juga menegaskan keperluan kesemua jemaah mendapatkan permit daripada aplikasi Nusuk untuk menunaikan umrah, selain pentingnya komitmen mereka hadir pada masa ditetapkan.
Tambah kementerian tersebut, tiada ciri khas untuk meminda tarikh umrah, namun jemaah boleh membatalkan temu janji melalui aplikasi Nusuk, sebelum mengeluarkan permit waktu baharu.
Sementara itu, kementerian turut mengesahkan bahawa aplikasi Nusuk dikemas kini secara berkala dan sekiranya jemaah tidak mendapat tarikh tempahan, mereka boleh mencari tarikh lain pada masa akan datang.
Terdahulu, kerajaan Arab Saudi melancarkan aplikasi bersepadu, Nusuk dalam versi bahasa Melayu sepenuhnya pada 3 Mac lalu.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, peluncuran versi bahasa kebangsaan itu bakal memberi kemudahan kepada semua operator umrah untuk merancang pakej dengan kos berpatutan.
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Ramadan
#umrah
#Nusuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan