awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS umum sekatan baharu visa kepada anggota Taliban

Bernama
Bernama
02/02/2023
04:17 MYT
AS umum sekatan baharu visa kepada anggota Taliban
Blinken berkata Taliban sekali lagi membuat keputusan tanpa menghiraukan kebajikan rakyat Afghanistan yang telah memaksa lebih satu juta gadis dan wanita muda Afghanistan tidak mendapat akses kepada pendidikan. - Fail/REUTERS
NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mengumumkan sekatan baharu visa kepada anggota Taliban sebagai tindak balas terhadap tindakan rejim itu menyekat hak wanita.
"Sekatan itu terpakai ke atas anggota Taliban atau bekas anggota dan individu lain yang dipercayai bertanggungjawab atau bersubahat dalam usaha menindas wanita serta gadis di Afghanistan melalui dasar sekatan dan keganasan termasuk keputusan Taliban untuk mengharamkan wanita dari memasuki universiti dan bekerja dengan NGO.
"Ahli keluarga terdekat mereka yang terlibat juga mungkin tertakluk kepada sekatan visa itu," kata Setiausaha Negara Antony Blinken dalam satu kenyataan, menurut Agensi Anadolu.
Blinken berkata Taliban sekali lagi membuat keputusan tanpa menghiraukan kebajikan rakyat Afghanistan yang telah memaksa lebih satu juta gadis dan wanita muda Afghanistan tidak mendapat akses kepada pendidikan.
Beliau berkata Taliban tidak wajar mengharapkan pengiktirafan dan sokongan masyarakat antarabangsa selagi mereka tidak menghormati hak asasi manusia dan kebebasan asasi semua rakyat Afghanistan termasuk wanita dan gadis.
Pentadbiran Taliban dilaporkan akan mengambil langkah untuk menutup universiti kepada pelajar wanita sehingga diberitahu kelak dan menghalang kanak-kanak perempuan daripada menghadiri sekolah menengah, menyekat kebebasan wanita dan kanak-kanak, mengecualikan wanita daripada kebanyakan pekerjaan selain melarang mereka menggunakan beberapa kemudahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#sekatan visa
#Taliban
#hak wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan