Skip to main content
Advertisement

Dunia

Undang-undang baharu senjata api New Zealand berkuat kuasa

41701012936_PistolTembakan.jpg
Undang-undang baharu itu memperketat langkah terhadap aktiviti berkaitan senjata api yang menyalahi undang-undang. - Gambar hiasan
Advertisement

WELLINGTON: Undang-undang baharu senjata api New Zealand mula berkuat kuasa pada Rabu, menandakan rombakan terbesar terhadap sistem kawal selia senjata api negara itu dalam tempoh lebih 40 tahun, kata Timbalan Menteri Kehakiman Nicole McKee, lapor Xinhua.

Kebanyakan peruntukan Akta Senjata Api 2026  dan Peraturan Senjata Api 2026 mula berkuat kuasa, menggantikan undang-undang yang digunakan sejak 1983 dan peraturan yang berkuat kuasa sejak 1992 dengan sistem baharu yang bertujuan meningkatkan keselamatan awam, memudahkan pematuhan serta memulihkan keyakinan pemilik senjata api berlesen, kata McKee dalam satu kenyataan.

Beliau berkata Firearms Safety and Education New Zealand turut mula beroperasi sebagai badan kawal selia senjata api bebas negara itu, berasingan daripada pihak polis.

“Senjata api digunakan oleh rakyat New Zealand untuk menyediakan makanan kepada keluarga, mencari rezeki, mengawal haiwan perosak, melindungi biodiversiti, menyertai pertandingan sukan dan menikmati aktiviti luar,” katanya.

“Justeru, memastikan sistem ini dilaksanakan dengan betul adalah penting,” katanya.

Undang-undang baharu itu memperketat langkah terhadap aktiviti berkaitan senjata api yang menyalahi undang-undang, termasuk melucutkan kelayakan anggota kumpulan penjenayah daripada memegang lesen senjata api serta memperkenalkan kesalahan baharu yang menyasarkan bentuk kegiatan jenayah yang muncul.

 Pada masa yang sama, undang-undang itu memudahkan beberapa keperluan bagi pemilik senjata api berlesen. Ia turut menubuhkan jawatankuasa semakan bebas bagi membolehkan pemegang lesen mencabar keputusan kawal selia.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement