awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undang-undang keselamatan tekan kebebasan Hong Kong?

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2020
23:44 MYT
Undang-undang keselamatan tekan kebebasan Hong Kong?
Carrie Lam bercakap menerusi pautan video pada sesi ke-44 Majlis Hak Asasi Manusia di ibu pejabat PBB Eropah, di Geneva, Switzerland, 30 Jun, 2020. REUTERS
PENDUDUK Hong Kong berdepan hukuman penjara seumur hidup sekiranya melanggar undang-undang keselamatan yang baharu.
Perundangan baharu itu berkuatkuasa pada Selasa, namun butirannya hanya didedahkan beberapa jam selepas ia diluluskan.
Akta baharu ini diperkenal susulan peningkatan siri tunjuk perasaan dan gerakan pro demokrasi di pulau kewangan itu.
Pemerhati menyifatkan akta berkenaan menekan kebebasan Hong Kong.
Bagaimanapun, Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam mempertahankan undang-undang berkenaan.
Beliau menyifatkan ia mengisi lompong yang wujud dalam isu keselamatan nasional.
"Akta ini hanya menyasarkan majoriti yang sangat kecil dalam kalangan pesalah undang-undang.
"Ia tidak bersifat retroactive (diundurkan tarikh) dan penguatkuasa undang-undang hanya akan mempunyai bidang kuasa dalam situasi yang luar biasa dan khusus sahaja," katanya dalam ucapan yang disiarkan menerusi video kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva pada Selasa.
Dengan pengenalan undang-undang ini, Washington menamatkan hak perdagangan istimewa yang diberikan kepada Hong Kong.
Di bawah undang-undang ini, jenayah berkaitan pemisahan, subversif, keganasan dan tindakan bersekongkol dengan pihak asing boleh menyebabkan seseorang individu dipenjara maksimum seumur hidup.
Perbuatan menghasut kebencian terhadap Beijing juga satu kesalahan di bawah Artikel 29.
Topic Berkaitan
#akta
#Beijing
#Carrie Lam
#gerakan pro demokrasi
#hak perdagangan
#Hong Kong
#jenayah
#kebebasan
#kebencian
#keganasan
#keselamatan
#menghasut
#penjara
#tunjuk perasaan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan