awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undi Elektoral sahkan kemenangan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat

Astro Awani
Astro Awani
15/12/2020
04:43 MYT
Undi Elektoral sahkan kemenangan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat
Pada pilihan raya kali ini, calon Demokrat Joe Biden memperoleh 306 undi elektoral, manakala Trump meraih 232. - Gambar fail REUTERS
JOE BIDEN disahkan sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu apabila kemenangannya dirasmikan pada Isnin oleh Undi Elektoral (Electoral College) dengan 302 undian memihak kepada beliau, ketika Donald Trump masih enggan mengaku kalah.
Susulan itu, beliau menggambarkan kejayaan itu sebagai satu kemenangan terhadap demokrasi buat Amerika.
“Sekali lagi di Amerika, kedaulatan undang-undang, perlembagaan dan mandat rakyat telah menang.
“Demokrasi kita - ditekan, diuji, diancam - dibuktikan bertahan, benar dan kukuh,” tegas Biden dalam ucapannya di Wilmington, Delaware pada Isnin.
Walaupun undian pada Isnin lazimnya hanya menjadi formaliti, keputusan itu memberi tamparan hebat kepada usaha Trump yang berkali-kali menolak proses pemilihan pada 3 November lalu kerana didakwa terpalit dengan penipuan.
What beats deep in the hearts of the American people is this: Democracy. pic.twitter.com/jVM7Zc3qWP
— Joe Biden (@JoeBiden) December 15, 2020
California, negeri dengan jumlah penduduk terbesar, memberi mandat kepada Biden dengan 55 undi elektoral.
Dalam sistem Kolej Elektoral yang dikuatkuasakan sejak 1780-an, seseorang calon memerlukan sekurang-kurangnya 270 undi untuk diisytiharkan menang dan sah sebagai Presiden.
Pada pilihan raya kali ini, Biden memperoleh 306 undi elektoral, manakala Trump meraih 232.
Biden turut memenangi undi popular dengan lebih 7 juta undi, manakala calon Demokrat pada 2016, Hillary Clinton meraih hampir 3 juta undi popular.
Keputusan oleh Kolej Elektoral itu akan dihantar ke Kongres untuk disahkan yang kemudian diikuti dengan upacara angkat sumpah jawatan pada 20 Januari depan.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Joe Biden
#Hillary Clinton
#Amerika Syarikat
#AS memilih
#pilihan raya
#pemilihan
#presiden
#AS
#undi elektoral
#electoral college
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan