BANGKOK: Undian untuk memilih perdana menteri Thailand yang baharu dijadual diadakan pada 22 Ogos ini, umum Speaker Wan Muhamad Noor Matha.
Pengumuman itu dibuat selepas Mahkamah Perlembagaan terlebih dahulu pada Rabu menolak petisyen untuk menyemak semula keputusan parlimen yang menafikan pencalonan semula pemimpin Parti Move Forward (MFP) Pita Limjaroenrat sebagai perdana menteri untuk kali kedua.
Speaker berkata satu mesyuarat bagi membincangkan agenda undi perdana menteri pada Selasa depan akan diadakan esok.
"Mesyuarat bersama itu dijadualkan pada 9.30 pagi (waktu tempatan) Selasa ," menurutnya dalam satu kenyataan.
Ketidaktentuan politik di Thailand semakin meningkat berikutan kebuntuan parlimen, tiga bulan selepas Pilihan Raya Umum 14 Mei.
MFP, yang memenangi 151 kerusi telah gagal dalam usahanya untuk membentuk kerajaan berikutan rancangannya untuk meminda undang-undang yang menjadikan penghinaan kepada raja sebagai jenayah, terutamanya Perkara 112 kanun jenayah atau lese-majeste.
Parti Pheu Thai, yang menduduki tempat kedua dalam pilihan raya umum dengan 141 kerusi keluar daripada gabungan bersama MFP awal bulan ini.
Parti Pheu Thai, yang menduduki tempat kedua dalam pilihan raya umum dengan 141 kerusi kini mengetuai gabungan baharu sembilan parti selepas meninggalkan MFP, kini menjadi pendahulu dalam usaha membentuk kerajaan.
Parti itu dijangka mencalonkan usahawan hartanah Srettha Thavisin sebagai pilihannya untuk perdana menteri.
Pada masa ini, gabungan diketuai Pheu Thai mempunyai 238 kerusi dalam Dewan Perwakilan yang dianggotai 500 orang.
Bagaimanapun, gabungan itu masih kekurangan sokongan yang diperlukan, yang perlu ditambah dengan sokongan daripada 250 Senator Dewan Negara kerana seorang perdana menteri memerlukan 376 undi daripada 750 ahli dwidewan untuk membentuk kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
Ketidaktentuan politik di Thailand semakin meningkat berikutan kebuntuan parlimen, tiga bulan selepas Pilihan Raya Umum 14 Mei. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PM Thailand arah langkah bantuan segera untuk wilayah selatan yang dilanda banjir
Perdana Menteri Thailand telah mengarahkan langkah bantuan banjir yang pantas dan menyeluruh untuk Selatan Thailand, yang banjir teruk telah menyebabkan kemusnahan meluas.
PM Thailand Paetongtarn tidak tahu rancangan kepulangan Yingluck
Perdana Menteri Thailand berkata beliau tidak mengetahui sebarang rancangan untuk kepulangan ibu saudaranya yang kini hidup dalam buangan, Yingluck Shinawatra.
PM Thailand Paetongtarn arahkan penghantaran bantuan banjir
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra mengarahkan penghantaran bantuan kepada penduduk di wilayah utara yang terjejas akibat banjir.
Kabinet baharu Thailand dijangka dimuktamadkan minggu ini
Kabinet baharu Thailand dijangka dimuktamadkan minggu ini, menurut Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra.
PM Thailand tamatkan lawatan kerja ke Malaysia
Srettha tiba di Malaysia pada Rabu untuk lawatan sulung selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 5 Sept lepas.
Agong terima menghadap PM Thailand Srettha di Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di Istana Negara hari ini.
PM Thai Srettha Thavisin tiba untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin tiba di Malaysia untuk memulakan lawatan kerja dua harinya.
PM Srettha arah pindah segera rakyat Thailand dari Israel
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin telah mengarahkan pemindahan segera warga Thailand dari Israel.
UNGA: Thailand komited ke arah keamanan, hak asasi manusia dan alam sekitar
Thailand komited dalam usaha memajukan keamanan yang mampan, hak asasi manusia dan pemeliharaan alam sekitar.
PM adakan mesyuarat dengan rakan sejawat dari Thailand, Iraq
Anwar turut hadiri sesi perbincangan dengan badan pemikir dan penerbit bebas bukan partisan, yang mempromosikan pemahaman mengenai hubungan antarabangsa.