awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNESCO tetapkan hala tuju untuk lapan tahun akan datang

Bernama
Bernama
05/11/2013
23:00 MYT
UNESCO tetapkan hala tuju untuk lapan tahun akan datang
Sesi ke-37 Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) akan menetapkan Strategi Penggal Sederhana baru, yang buat pertama kali meliputi tempoh lapan tahun, dari 2014 hingga 2021.
Persidangan itu juga dijangka mengesahkan penggal perkhidmatan selama empat tahun lagi bagi Irina Bokova sebagai ketua pengarah.
Beliau dipilih untuk penggal kedua oleh Lembaga Eksekutif bulan lepas.
"Sesi persidangan agung kali diadakan khusus pada masa kritikal buat UNESCO. Pertubuhan itu sedang melakukan penyusunan semula besar-besaran, untuk menjadikan UNESCO lebih relevan, efektif dan lebih cergas dalam berdepan dengan cabara-cabaran global bagi mencapai keamanan dan pembangunan," menurut pertubuhan itu dalam satu kenyataan.
Majlis pembukaan dirasmikan oleh Presiden sesi Persidangan Agung ke-36, Katalin Bogyay di sini hari Selasa.
Beberapa orang ketua negara dan kira-kira 150 menteri dan perwakilan dari semua 195 negara anggota UNESCO akan berhimpun di Paris dalam masa 15 hari akan datang untuk menyertai persidangan agung badan itu.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sedang melakukan lawatan kerja lima hari di sini, mengetuai delegasi Malaysia.
Pada Rabu, Muhyiddin, yang juga menteri pendidikan dijadual menghadiri Forum Pemimpin UNESCO dan melawat International Institute for Educational Planning di sini.
Beliau juga dijadual menyampaikan Kenyataan Negara pada Khamis ketika mana setiap negara diperuntukkan slot bagi menyampaikan kenyataan enam minit di persidangan itu.
Beliau dijangka merasmikan Pameran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia anjuran kementerian pendidikan di ibu pejabat UNESCO di sini pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#Irina Bokova
#Muhyiddin Yassin
#Timbalan Perdana Menteri
#Unesco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan