awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 wanita di Melaka jalani saringan ujian HPV DNA - Exco
Empat kanak-kanak maut, tiga cedera dalam perlanggaran lori-trisikal di Filipina
Pesta Sauk Sotong berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

United Kingdom gesa tangani perkauman dalam peranti perubatan

Astro Awani
Astro Awani
22/11/2021
00:39 MYT
United Kingdom gesa tangani perkauman dalam peranti perubatan
JAVID: Isu berat sebelah perkauman dalam sesetengah instrumen perubatan ini bukan disengajakan tetapi ia wujud, dan oximeter merupakan satu contoh yang sangat baik. - Gambar fail
BRITAIN menggesa tindakan antarabangsa terhadap isu peranti perubatan seperti oximeter, yang didakwa berfungsi lebih baik terhadap individu berkulit cerah.
Katanya, jurang tersebut mungkin mengorbankan nyawa pesakit etnik minoriti semasa pandemik COVID-19.
Setiausaha Kesihatan Sajid Javid berkata, semakan semula dibuat berhubung isu itu selepas pihaknya mendapat maklum bahawa oximeter memberikan bacaan yang kurang tepat untuk pesakit berkulit lebih gelap.
"Ini sesuatu yang sistemik di seluruh dunia. Ini tentang isu berat sebelah perkauman dalam sesetengah instrumen perubatan.
"Ia tidak disengajakan tetapi ia wujud, dan oximeter merupakan satu contoh yang sangat baik," katanya ketika ditemu bual BBC.
Oximeter ialah peranti perubatan yang mengukur tahap oksigen darah dan merupakan kunci untuk menilai pesakit COVID-19.
Ditanya sama ada orang mungkin telah meninggal dunia akibat COVID-19 susulan ketidaktepatan alat itu, Javid berkata, kemungkinan besar ia ada.
Menurut Kementerian Kesihatan, kajian semula itu bertujuan mengenal pasti kewujudan kecenderungan sistematik dan risiko pada peranti semasa.
Ia juga bakal mengesyorkan bagaimana isu itu harus ditangani dengan mencipta peranti perubatan daripada reka bentuk untuk digunakan (design to use).
Penemuan awal dijangka dibentangkan menjelang akhir Januari.
Javid berkata, percanggahan dalam ketepatan ialah disebabkan banyak peranti perubatan, ubat, prosedur dan buku teks dibuat di negara majoriti kulit putih.
Beliau berkata, pihaknya merancang untuk bekerjasama dengan negara lain untuk menangani masalah itu dan telah pun bercakap mengenai isu tersebut kepada rakan sejawatannya di Amerika Syarikat.
Topic Berkaitan
#Britain
#Sajid Javid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan