KUALA LUMPUR: United Kingdom (UK) hari ini secara rasmi menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang turut dianggotai oleh Malaysia serta 11 negara pengasas lain, sekali gus menjadi perjanjian perdagangan bebas (FTA) pertama UK-Malaysia.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah mewakili Malaysia pada majlis pemeteraian Protokol Penyertaan yang berlangsung di Auckland, New Zealand sempena Mesyuarat Suruhanjaya Menteri-Menteri CPTPP Ke-7.
Mengulas perkara itu, Tengku Zafrul berkongsi harapan Malaysia untuk melihat impak manfaat bagi kalangan pengeksport dan perniagaan berikutan sejurus pelaksanaannya, eksport Malaysia akan terus menikmati aspek layanan istimewa bebas cukai membabitkan 94 peratus daripada garis tarif.
Ini termasuk eksport dengan kepentingan tertentu khususnya minyak sawit, koko, getah, elektrik dan elektronik serta bahan kimia, katanya dalam satu kenyataan.
"Langkah UK memeterai Protokol Penyertaan itu adalah tepat pada masanya kerana memberi petunjuk jelas kepada dunia mengenai manfaat menjadi anggota CPTPP termasuk dari segi komitmen pihak terbabit ke arah sistem dagangan pelbagai hala yang terbuka, berasaskan peraturan serta liberal.
"Malah, penyertaan UK itu juga membuktikan wujudnya permintaan serta nilai sebenar bagi perjanjian dengan standard tinggi ini," katanya.
Selain detik bermakna itu, Malaysia turut menyertai negara anggota CPTPP lain dalam meraikan penguatkuasaan perjanjian itu bagi Chile pada 21 Feb, 2023 dan Brunei Darussalam pada 12 Julai, 2023.
Pada mesyuarat itu juga, Tengku Zafrul berkata beliau telah menegaskan pengesahan berterusan Malaysia terhadap standard CPTPP yang tinggi serta penekanan kepentingan berkaitan semakan semula dalam menyokong usaha memanfaatkan perjanjian itu secara maksimum, terutama oleh perniagaan serta rakyat Malaysia.
Jelas beliau, ini termasuk menggalakkan usaha penyepaduan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) secara kukuh ke dalam rantaian bekalan global.
Beliau berkata, kalangan menteri terbabit turut membincangkan peluang yang boleh ditinjau serta pengukuhan perjanjian tersebut dalam bidang seperti ekonomi digital dan hijau, dengan mengambil kira perkembangan aspek itu di peringkat global.
"Barisan menteri-menteri itu juga menyatakan sokongan terhadap usaha memperluas CPTPP kepada ekonomi yang komited terhadap objektif perjanjian serta pematuhan penuh peraturan standard tinggi dan komitmen bagi akses pasaran yang komprehensif.
"Turut dibincangkan adalah kemajuan pelaksanaan dan kerjasama pihak terbabit di bawah CPTPP serta aspek hala tuju dari segi proses penyertaan ekonomi yang berminat," katanya.
Malaysia telah bertindak memuktamadkan perjanjian CPTPP pada September 2022 dan menjadi anggota kesembilan daripada 11 negara yang meratifikasi perjanjian berkenaan.
Dokumen yang sebelum ini dikenali sebagai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, telah ditandatangani pada 2018 oleh negara-negara termasuk Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023
United Kingdom (UK) hari ini secara rasmi menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang turut dianggotai oleh Malaysia serta 11 negara pengasas lain.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
ABBA pilih London untuk konsert maya, sumbang 1.4 bilion pound kepada ekonomi UK
Konsert maya kumpulan terkenal ABBA, Abba Voyage menyaksikan sumbangan besar kepada ekonomi United Kingdom.
Jutaan diarah tinggal di rumah susulan amaran merah akibat Ribut Darragh landa UK
Sekitar tiga juta penduduk di Wales dan barat daya England diarahkan kerajaan untuk kekal di dalam rumah ketika Ribut Darragh mula melanda.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak GBP72 juta (hampir RM400 juta), lapor agensi berita PA Media.
Pekerja infrastruktur kereta api UK adakan mogok 24 jam
Pekerja infrastruktur kereta api di United Kingdom (UK) akan mengadakan mogok selama 24 jam pada Sabtu berikutan pertikaian berkaitan amalan kerja.
Dua lagi kes virus mpox berpotensi bawa maut dikesan di UK
Dua lagi kes strain virus mpox yang berpotensi membawa maut dikesan dalam kalangan kontak rapat kes pertama, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA).
UK mulakan percubaan minggu kerja 4 hari dengan 1,000 pekerja
Sebanyak 17 syarikat akan menguji jadual kerja yang lebih pendek, dengan beberapa memilih model kerja sembilan hari dalam dua minggu.
Pelajar Malaysia dihukum penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh bayinya di UK
Mahkamah Mahkota Warwick menjatuhkan hukuman ke atas Jia Xin Teo, 22, pada Jumaat (25 Okt) di selepas disabitkan atas kesalahan membunuh
Kaspersky Labs kini tutup perniagaan di UK pula
Kaspersky Labs mengatakan bahawa ini dilakukan untuk menyelaraskan perniagaan mereka di rantau tersebut.
Na'imah peroleh pasport sementara untuk ke UK, Jepun bagi urusan kerja
Hakim membenarkan permohonan itu selepas peguam memaklumkan anak guamnya memohon mendapatkan pasport dan ia tidak dibantah pihak pendakwaan.
UK gesa rakyatnya segera tinggalkan Lubnan
Gesaan itu dibuat memandangkan ketegangan di Lubnan semakin meningkat dan situasi mampu memburuk dengan pantas.