awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nyalaan lilin di ibu kota tanda sokongan kepada Venezuela, bantah tindakan AS
Lebih sejuta penganut Hindu dijangka banjiri Pulau Pinang sempena Thaipusam 2026
Pesara kerajaan rugi lebih RM1 juta terperdaya pelaburan saham tidak wujud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

United Kingdom umum tempoh berkabung lapan hari

Agensi
Agensi
09/04/2021
13:09 MYT
United Kingdom umum tempoh berkabung lapan hari
Memetik laporan Mail Online, pegawai di Istana Buckingham kini bersiap sedia bagi upacara pengebumian diraja di Istana Windsor di Berkshire atas permintaan Putera Philip, dengan istiadat ketenteraan. - Reuters
LONDON: United Kingdom mengumumkan tempoh berkabung selama lapan hari berikutan kematian Putera Philip, 99 pada pagi Jumaat.
Dalam tempoh perkabungan ini, tugas-tugas Istana Buckingham tidak akan dijalankan dan Parlimen tidak akan mendapat kelulusan undang-undang Ratu Elizabeth II.
Selepas tempoh lapan hari tersebut, tempoh rasmi perkabungan DiRaja dijangka berterusan selama 30 hari.
Memetik laporan Mail Online, pegawai di Istana Buckingham kini bersiap-sedia bagi upacara pengebumian DiRaja di Istana Windsor, Berkshire atas permintaan Putera Philip dengan istiadat ketenteraan.
Jasad Duke Edinburgh akan ditempatkan beberapa hari di Chapel Royal di St James's Palace, London sebelum upacara pengebumian DiRaja.
BACA: Suami Ratu Elizabeth II, Putera Philip meninggal dunia
BACA: Putera Philip meninggal dunia: Bendera Union Jack dikibar separuh tiang di Istana Buckingham
Ia juga merupakan tempat persemadian sementara mendiang Puteri Diana sebelum dikebumikan secara rasmi pada 1997.
Mengikut perancangan, jasad Putera Philip akan dikebumikan di Frogmore Gardens yang terletak di perkarangan Istana Windsor.
Pada masa sama, Ratu Elizabeth II difahamkan akan membuat penyiaran rasmi pada satu masa yang belum ditetapkan.
Terdahulu, Putera Philip disahkan meninggal dunia pagi tadi (waktu tempatan) di Istana Windsor, pada usia 99 tahun, maklum The Royal Family menerusi Twitter.
Topic Berkaitan
#United Kingdom
#meninggal dunia
#London
#undang-undang
#Puteri
#Ratu Elizabeth
#Putera Philip
#Istana Buckingham
#Duke of Edinburgh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan