awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia

Nazri Kahar
Nazri Kahar
19/11/2024
04:14 MYT
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti  AI di Malaysia
Ahmad Zahid berucap pada majlis makan malam bersama lebih 200 diaspora Malaysia di Hotel Kempinski Central Avenue Dubai, sempena lawatan kerja tujuh hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE). - Gambar/ Bernama
DUBAI: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed University of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kolaborasi itu bertepatan dengan reputasi institusi berkenaan sebagai universiti AI pertama di dunia.
“Apa yang telah dipersetujui universiti AI Mohamed bin Zayed akan jalin hubungan dengan UniKL di bawah Mara. Ini adalah satu pendekatan baharu keranan kita perlu belajar AI daripada universiti yang telah melakukan sistem pendidikan AI yang terawal di dunia," katanya.
Tambahnya pengalaman UAE sejak 15 tahun lalu dalam membangunkan teknologi AI turut mendapat perhatian banyak negara untuk mempelajari teknologi tersebut.
Selain UniKL, tiga lagi universiti tempatan bakal mewujudkan fakulti AI termasuk Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA).
Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga menghargai komitmen UAE untuk membuka pusat data di Malaysia yang melibatkan pelaburan kira-kira USD$50 bilion.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam bersama lebih 200 diaspora Malaysia di Hotel Kempinski Central Avenue Dubai, sempena lawatan kerja tujuh hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Universiti AI
#Mohamed bin Zayed Universitiy
#UniKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan