awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Universiti Hong Kong tawar tempat kepada pelajar antarabangsa dari Harvard

Bernama
Bernama
24/05/2025
07:26 MYT
Universiti Hong Kong tawar tempat kepada pelajar antarabangsa dari Harvard
HKUST umum jemputan terbuka kepada pelajar antarabangsa peringkat ijazah sarjana muda dan pascasiswazah yang sedang ikuti pengajian di Universiti Harvard. - hkust.edu.hk
MOSCOW: Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong (HKUST) pada Jumaat mengumumkan jemputan kepada pelajar antarabangsa yang mungkin kehilangan status sah mereka di Universiti Harvard ekoran larangan yang dikenakan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (DHS), lapor Sputnik/RIA Novosti.
Larangan itu diumumkan pada Khamis.
Bagaimanapun, pada pagi Jumaat, sebuah mahkamah daerah AS di Massachusetts membenarkan permohonan Harvard untuk menangguhkan pelaksanaan larangan, yang melibatkan pengambilan pelajar asing di institusi itu.
"Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong (HKUST) hari ini mengumumkan jemputan terbuka kepada pelajar antarabangsa peringkat ijazah sarjana muda dan pascasiswazah yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Harvard, serta mereka yang telah menerima tawaran pengajian daripada universiti itu untuk meneruskan pengajian mereka di HKUST," menurut kenyataan institusi.
Universiti berkenaan turut menawarkan penerimaan tanpa syarat, proses permohonan yang dipermudahkan serta sokongan akademik bagi memastikan peralihan yang lancar bagi pelajar yang berminat.
Pada Khamis, Setiausaha DHS Kristi Noem mengumumkan bahawa jabatan itu secara efektif melarang Harvard menerima pelajar antarabangsa bagi tahun akademik 2025-2026, dan mengarahkan semua pelajar asing semasa di universiti itu untuk berpindah ke institusi lain.
Beliau merujuk kepada keengganan Harvard mematuhi permintaan maklumat oleh jabatan itu, selain menuduh institusi itu mewujudkan persekitaran kampus yang tidak selamat kepada pelajar Yahudi, menyokong sentimen pro-Hamas dan mengamalkan dasar "kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman" yang dianggap rasis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Universiti Harvard
#pelajar antarabangsa
#HKUST
#jemputan terbuka
#pelajar
#DHS
#larangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan