awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Untuk mohon warganegara Thailand, warga asing perlu lulus ujian bahasa

Bernama
Bernama
12/01/2022
05:37 MYT
Untuk mohon warganegara Thailand, warga asing perlu lulus ujian bahasa
Kabinet Thailand pada Selasa meluluskan peraturan baharu terhadap warga asing yang memohon kewarganegaraan ialah perlu lulus ujian bahasa Thai yang ditetapkan jawatankuasa kecil. - Gambar fail BERNAMA
BANGKOK: Permohonan menjadi warganegara Thailand kini lebih sukar dan mahal.
Timbalan jurucakap kerajaan, Rachada Dhnadirek berkata, kabinet pada Selasa meluluskan peraturan baharu terhadap warga asing yang memohon kewarganegaraan, perlu lulus ujian bahasa Thai yang ditetapkan jawatankuasa kecil.
Pemohon perlu mengemukakan sijil yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan sebagai bukti mereka mendapat pendidikan sekurang-kurangnya di sekolah rendah di Thailand, katanya.
Di bawah peraturan sebelum ini, pemohon dikehendaki "mempunyai pengetahuan berbahasa Thai".
Sementara itu, beliau berkata, kabinet bersetuju menggandakan yuran permohonan bagi kategori dewasa daripada 5,000 baht kepada 10,000 baht.
"Yuran permohonan bagi kanak-kanak turut meningkat daripada 2,500 baht kepada 5,000 baht," katanya.
Antara kelebihan memiliki kewarganegaraan Thai termasuk memiliki harta, bekerja tanpa permit kerja dan visa serta memiliki saham dalam syarikat Thailand. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#warganegara Thailand
#bahasa Thai
#peraturan baharu
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan