awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Upacara lima hari persemadian diraja Thai berakhir

Bernama
Bernama
29/10/2017
23:45 MYT
Upacara lima hari persemadian diraja Thai berakhir
Upacara persemadian diraja yang dianggarkan menelan belanja 3 bilion Baht (RM370 juta) bermula Rabu lepas, merupakan upacara persemadian yang penuh dengan adat istiadat dalam sejarah Thailand. - Gambar fail
Raja Maha Vajiralongkorn mengetuai satu upacara menyemadikan abu mayat mendiang ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej di dua wat Buddha bersejarah, menandakan berakhirnya upacara persemadian diraja selama lima hari dan perkabungan selama setahun.
Upacara persemadian diraja yang dianggarkan menelan belanja 3 bilion Baht (RM370 juta) bermula Rabu lepas, merupakan upacara persemadian yang penuh dengan adat istiadat dalam sejarah Thailand.
Dua kendi mengandungi abu mayat mendiang Raja Bhumibol dipindahkan dari Grand Palace dengan perarakan diraja disertai pasukan askar berkuda diketuai oleh anakanda Raja Maha Vajiralongkorn, Puteri Sirivannavari Nariratana, seorang pemenang pingat dalam acara ekuestrian di Sukan SEA Kuala Lumpur.
Sepanjang perarakan, kendi abu mayat itu dipegang oleh Raja Maha Vajiralongkorn dan adindanya, Puteri Maha Chakri Sirindhorn di dalam sebuah kenderaan diraja, disaksikan oleh ribuan orang ramai yang berkabung dan memenuhi sepanjang jalan menuju ke wat itu.
Mendiang Raja Bhumibol mangkat pada 13 Okt tahun lepas, mengakhiri pemerintahannya selama tujuh dekad. Berikutan kematian baginda, anakanda baginda, Raja Maha Vajiralongkorn diisytiharkan sebagai raja baharu Thailand pada akhir tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#abu mayat
#Bhumibol Adulyadej
#kremasi
#Maha Vajiralongkorn
#persemadian
#Raja Thailand
#wat buddha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan