LEBIH 2.63 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Isnin.

Ini merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.

Menurut data John Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.029 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti Amerika Syarikat sebanyak 317.5 juta dos manakala India dengan 280 juta dos vaksin.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 80 juta dos adalah Brazil dan melebihi 75 dos, United Kingdom (UK).

Manakala Jerman dengan 66 juta dos,  Perancis dan Itali masing-masing melebihi 48 dan 46 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 35 juta dos, jauh meninggalkan negara lain.

Filipina pula melebihi 8 juta dos, diikuti Malaysia di tangga keempat dengan lebih 5.8 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan 4.6 juta dos.