LEBIH 3.87 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Isnin.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.53 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan 435 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat (AS) sebanyak lebih 341 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil, manakala United Kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos.

Jepun dengan lebih 77 juta dos dan Perancis lebih 69 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 60.48 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Malaysia dan Filipina lebih 17 juta dos diikuti thailand kini lebih 15 juta dos/

Singapura di tangga kelima dengan lebih 7 juta dos.