RIO DE JANEIRO: Brazil akan mula beri suntikan penggalak vaksin kepada individu dengan sistem imun yang lemah serta mereka berusia 70 tahun ke atas.

Kementerian Kesihatan negara itu mengesahkan pemberian vaksin penggalak akan bermula pertengahan September depan.

Keputusan ini dibuat susulan penularan meluas varian Delta serta dapatan kajian baharu yang menunjukkan keberkesanan vaksin akan berkurangan selepas beberapa tempoh.

Bagi tujuan itu, Brazil akan menggunakan vaksin keluaran AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Pfizer.

Untuk kumpulan yang mempunyai sistem imun lemah, suntikan penggalak akan diberikan 28 hari selepas mereka menerima dos kedua.

Sementara bagi usia 70 tahun ke atas, kementerian jangkakan suntikan penggalak diberi 6 bulan selepas suntikan kedua.

Kementerian juga umum untuk mengurangkan tempoh masa bagi suntikan pertama dan kedua kepada 12 minggu.

Brazil sehingga kini catat 20.6 juta kes positif COVID-19 dan lebih separuh juta kes kematian berkaitan virus berkenaan direkodkan.

Data negara itu juga mendedahkan daripada 123.9 juta populasinya, hanya 26.5 peratus sudah menerima suntikan vaksin.