HIBURAN
Hael Husaini ajak ALPHA sertai konsert sulung

Hael Husaini mengumumkan bahawa kumpulan ALPHA dari Big Stage Alpha akan turut serta dalam konsert sulungnya "Hael Husaini & Repertoire" sebagai tanda sokongan terhadap bakat baharu. -Foto Gempak
PENYANYI dan komposer, Hael Husaini mengumumkan bintang Big Stage Alpha (BSA) yang baharu sahaja debut sebagai ALPHA akan bersama-sama memeriahkan konsert sulungnya iaitu "Hael Husaini & Repertoire".
Ringkasan AI
- Hael Husaini mengumumkan bahawa kumpulan ALPHA dari Big Stage Alpha akan turut serta dalam konsert sulungnya "Hael Husaini & Repertoire" sebagai tanda sokongan terhadap bakat baharu.
- Hael menyatakan keyakinan terhadap potensi ALPHA dan teruja melihat sambutan orang ramai terhadap mereka, serta percaya mereka mampu mencetuskan fenomena baharu dalam industri muzik tempatan.
- Konsert tersebut akan berlangsung pada 8 Ogos 2025 di Zepp Kuala Lumpur dan turut menampilkan artis lain seperti Dayang Nurfaizah, Nadeera Zaini, Nabila Razali dan Wany Hasrita.
"Walaupun pentas saya tidaklah sebesar mana, tetapi ia sedikit sebanyak mampu memberi ruang dan peluang untuk mereka berkongsi malam istimewa itu bersama saya.
“Saya memang sentiasa menyokong pendatang baharu, terutamanya yang berbakat.
"Kalau hala tuju mereka betul dan dibentuk dengan rapi, saya yakin mereka bukan sahaja boleh berjaya, tapi mampu mencetuskan fenomena baharu di Malaysia,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Hael atau Hal Husaini Razmi akui teruja melihat sambutan yang diterima oleh ALPHA sewaktu kemunculan mereka di Pavilion Bukit Bintang untuk Showcase BSA baru-baru ini.
“Jujur saya katakan, saya sendiri terkejut melihat sokongan orang ramai terhadap mereka. Ini menunjukkan rakyat Malaysia sedia menerima dan menyokong bintang-bintang baharu,” kongsinya.
Selain ALPHA, kumpulan yang dianggotai oleh Daniel Sher, Rizal Rashid, Ariel Fesol, Izat Ibrahim, Afiq Sky dan Ray-D juga akan berkongsi pentas bersama Dayang Nurfaizah, Nadeera Zaini, Nabila Razali, Wany Hasrita.
Terdahulu, Hael Husaini mengumumkan bakal mengadakan konsert sulungnya "Hael Husaini & Repertoire" pada 8 Ogos 2025 yang bertempat di Zepp Kuala Lumpur. -Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami