MALAYSIA
Bayi tiga bulan maut tertindih lengan bapa meninggal dunia kena serangan jantung

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai lemas akibat dihempap tangan bapanya yang meninggal dunia akibat terkena serangan jantung di rumah mereka. -Sinar Harian
MELAKA: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai lemas akibat dihempap tangan bapanya yang terkena serangan jantung di rumah mereka di Jalan Perigi Hang di sini, pada Khamis.
Ringkasan AI
- Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia dipercayai lemas selepas dihempap lengan bapanya yang tidak sedarkan diri akibat serangan jantung di rumah mereka.
- Ibu bayi tersebut menemui suami dan anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil, lalu membawa mereka ke hospital, namun bayi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
- Pihak bomba mengesahkan tiada kebocoran gas di lokasi dan menyatakan kematian bapa bayi itu kemungkinan besar berpunca daripada serangan jantung.
"Saya terkejut sebab tak ada sebarang kesan darah, bila masuk ke dalam bilik tidur saya lihat kedua-dua yang berada di atas katil tidak sedarkan diri.
"Ketika itu saya mendapati suami tidak sedarkan diri dan bayi kami berada di bawah lengannya dan masa kejadian bayi saya masih bernyawa, namun keadaanya begitu lemah," katanya yang bekerja sebagai pembantu tadbir di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Jelasnya, terus bergegas ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka, namun malangnya anak bongsunya itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll Mohd Supian Md. Dali berkata, panggilan kecemasan telah diterima daripada pihak hospital pada jam 9.58 pagi.
Menurutnya, dimaklumkan terdapat satu mangsa lelaki berusia 30-an telah meninggal dunia di lokasi dan bayinya telah meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.
“Pasukan telah membuat pemeriksaan di kediaman sekiranya berlaku kebocoran gas, namun hasil siasatan lanjut mendapati mangsa mungkin maut akibat serangan jantung, jadi bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berahaya (Hazmat) dibatalkan," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami