awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
KPK mulakan libat urus dengan industri sawit berkaitan SST - Johari
DUNIA
Perang Israel-Iran: Naratif Netanyahu sudah hilang taring - Penganalisis
MALAYSIA
RMK13 beri lebih ruang perkasa gerakan koperasi - Ewon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Menteri Luar Jerman, Perancis, UK akan bertemu Menteri Luar Iran

Bernama
Bernama
19/06/2025
07:15 MYT
Menteri Luar Jerman, Perancis, UK akan bertemu Menteri Luar Iran
Menerusi pertemuan ini, Wadephul berhasrat menyelaraskan satu inisiatif melibatkan tiga negara Eropah dikenali sebagai E3 - Jerman, Perancis dan UK. - Foto Reuters
BERLIN: Menteri Luar Jerman Johann Wadephul bersama rakan sejawatnya dari Perancis dan United Kingdom (UK) merancang untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Iran Abbas Araghchi di Geneva pada Jumaat, menurut sumber diplomatik kepada Agensi Berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Menteri Luar E3 (Jerman, Perancis, UK) merancang bertemu Iran di Geneva bagi menyelaras penyelesaian diplomatik terhadap konflik Iran-Israel, dengan penglibatan negara Arab seperti Oman sebagai pengantara penting.
  • Wadephul ubah laluan lawatannya ke Asia Barat, memberi tumpuan kepada rundingan krisis di Arab Saudi, Qatar dan Oman selepas serangan Israel ke atas Iran baru-baru ini.
  • Serangan balas Iran terhadap Israel menyusul selepas kemudahan nuklear dan lokasi strategik Iran diserang, dengan rundingan AS-Iran yang dimediasi Oman terganggu oleh eskalasi ketenteraan.

Wadephul telah mengubah jadual asal lawatannya ke Asia Barat yang melibatkan Lebanon, Syria dan Israel sejurus selepas serangan Israel terhadap Iran bermula pada Jumaat lalu.
Sebaliknya, beliau melakukan lawatan ke Arab Saudi, Qatar dan Oman bagi mengadakan rundingan krisis. Kerajaan Oman khususnya mempunyai hubungan yang sangat erat dengan Tehran.
Menerusi pertemuan ini, Wadephul berhasrat menyelaraskan satu inisiatif melibatkan tiga negara Eropah dikenali sebagai E3 - Jerman, Perancis dan UK - yang telah lama terlibat dalam rundingan bersama Iran mengenai program nuklearnya, selain dengan negara Arab jiran bagi mencari penyelesaian diplomatik terhadap konflik yang sedang berlaku.
Sejak hampir dua bulan lalu, Amerika Syarikat (AS) dan Iran telah mengadakan rundingan dengan pengantaraan Oman sebelum Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Iran pada Jumaat, menyasarkan kemudahan nuklear, instalasi ketenteraan dan beberapa lokasi utama di bandar besar. Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan peluru berpandu hebat terhadap Israel.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel serang Iran
#Menteri Luar Jerman
#Johann Wadephul
#abbas araghchi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami