awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kotak hitam pesawat tentera Libya terhempas ditemukan
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: EU tidak memperbaharui tempahan AstraZeneca

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2021
23:16 MYT
Vaksin COVID-19: EU tidak memperbaharui tempahan AstraZeneca
Pengumuman ini dibuat sehari selepas EU secara terbuka mengakui beri sokongan penuh kepada vaksin Pfizer-BioNTech. - Foto AP
PARIS: Kesatuan Eropah (EU) tidak memperbaharui tempahan bagi vaksin AstraZeneca, perkara itu disahkan Pesuruhjaya Pasaran Domestik, Thierry Breton.
Kata Breton, tempahan terakhir yang akan diterima EU adalah pada Jun.
Blok itu akan memantau keadaan semasa sebelum membuat keputusan susulan.
"Kami tidak memperbaharui pesanan selepas Jun. Kami akan tunggu dan lihat.
"AstraZeneca merupakan vaksin yang sangat menarik. Ia dihasilkan saintis di Oxford. Ia sangat menarik dari segi logistik, ia lebih mudah digunakan kerana suhu yang diperlukan untuk menggunakannya," jelas Breton.
Pengumuman ini dibuat sehari selepas EU secara terbuka mengakui beri sokongan penuh kepada vaksin Pfizer-BioNTech.
EU juga tidak nafikan wujud potensi untuk melanjutkan kontrak bagi perolehan 1.8 bilion dos menjelang 2023.
Dua minggu lalu blok itu memulakan tindakan perundangan ke atas AstraZeneca.
Ini berikutan kegagalan syarikat berkenaan memenuhi kontrak untuk membekalkan vaksin kepada EU.
Sementara itu, Presiden Perancis Emmanuel Macron memberitahu negara itu dan Eropah akan pertimbangkan vaksin daripada syarikat farmaseutikal lain.
Bagaimanapun ia akan terus menggunakan stok vaksin AstraZeneca sedia ada.
Kata Macron, buat masa ini vaksin AstraZeneca akan membantu mereka keluar daripada krisis kesihatan yang kini melanda dunia.
"Tiada pihak yang mengetahui vaksin mana berkesan atau tidak. Saya berpendapat ia merupakan polisi yang baik untuk membeli sebanyak mungkin vaksin seperti yang dilakukan kebanyakan negara dan kuasa besar.
"Kami membeli apa jua yang ada di pasaran kerana tiada siapa yang betul-betul mengetahui yang mana berkesan.
"Sekarang kami telah mendapat maklum balas dan kami harus terus menggunakan vaksin ini di Perancis dan Eropah kerana ia akan membantu kami mengatasi krisis berkenaan.
"Namun bagi melawan varian baharu, kami akan mempertimbangkan penggunaan vaksin lain yang didapati lebih berkesan," katanya pada Ahad.
Vaksin AstraZeneca merupakan tunjang kempen imunisasi Eropah dan inisiatif COVAX untuk pengedaran vaksin kepada negara-negara miskin.
Namun penghantaran stok yang perlahan menyebabkan proses imunisasi blok itu mengalami kelewatan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#AstraZeneca
#Perancis
#Kesatuan Eropah
#EU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan