awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BN tolak 'tebuk atap', kekal bersama Kerajaan Perpaduan - Zahid Hamidi
[TERKINI] Tun M dimasukkan ke IJN
[TERKINI] Jeneral Azhan dilantik Panglima Tentera Darat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Golongan pendidik diberi keutamaan

Astro Awani
Astro Awani
18/04/2021
01:13 MYT
Vaksin COVID-19: Golongan pendidik diberi keutamaan
Pihak berkuasa kesihatan Rio de Janeiro, Brazil memulakan program vaksinasi terhadap golongan pendidik buat pertama kalinya pada Sabtu. -Gambar fail
RIO DE JANEIRO: Pihak berkuasa kesihatan Rio de Janeiro, Brazil memulakan program vaksinasi terhadap golongan pendidik buat pertama kalinya pada Sabtu.
Program ini dimulakan selepas kerajaan dikritik susulan proses vaksinasi yang didakwa perlahan di negara itu.
Golongan pendidik dianggap sebagai kumpulan utama selepas majlis bandaraya mendesak agar sekolah dibuka semula.
Bagi fasa ini, guru dan pendidik profesional yang berusia 55 tahun ke atas dijadualkan untuk menerima suntikan vaksin terlebih dahulu.
Diikuti golongan pendidik muda bermula hujung minggu hadapan.
Walaupun suntikan sudah diberikan, setiausaha kementerian tetap menegaskan agar prosedur operasi standard (SOP) masih perlu dipatuhi termasuk protokol sanitasi.
Pembukaan semula sekolah di Rio de Janeiro menjadi perdebatan hangat selepas negara itu merekodkan hampir 3,000 kes kematian setiap hari.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Rio de Janeiro
#program vaksinasi
#pendidik
#Brazil
#pendidik profesional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan